Tuesday, July 26, 2011

Haram jika Memakai Kanta Lekap Semasa Berpuasa

Assalamualaikum.. harap-harap, sume org sihat hendaknya <--- jadi baik semperna nk puasa.. :D
Hari nih aku nk kongsikan pasal hukum memakai kanta lekap semasa berpuasa.. * semangat nk puasa.. :)*

Aku rasa, mesty ramai kn yg pakai Kanta lekap atau bahasa londooonnya, "contact Lens" pada masa skng ?Yelah, kalau xramai yg pakai, mesty la kedai cermin mata tuh xdpt buat side income kn? hehe
Aku pon salah seorg pemakai Kanta lekap.. Actualy, dulu aku pakai Cermin Mata.. Since form 5 lagi disebabkan mata yang semakin menua * org pon dh agak berkedut2 jugekk*

Aku pilih Kanta Lekap menggantikan cermin mata sebab, firstly, aku nmpk sangat skema bila pakai cermin mata.. B-)
Second, dh masuk 3kali aku buat spek, tapi sume hilang/rosak..
Mula2 aku buat semasa aku form 5 lah kan. tuh rosak sebab aku terduduk atas spek. =_=
Bodo kan? sedap jek rasa masa rasa kaca2 spek menikam ponggong..
Pastuh, aku buat lagi.. Tahan la setahun kot.. Tapi, hilang pulak,, sebab, aku tertinggal dalam panggung wayang.. Bodo jugeek kn? mcm pakcik-pakcik jekk.. pelupa. =_= .. Aku malas nk patah balik amik spek uh sebab malu dohhh.. so, aku biarkan dan buat yg baru..
Yang last, jatuh masa aku bawak motor.. time tuh aku letak dekat baju jek. Bawak laju sgt. sampai spek pon terbang dengan bebas.. Malas nk patah balik amik sbb aku sure, mesty dh kena langgar dgn keta punya.. aku pasrah jek.. heee.., lepas tuh, start buat kanta lekap sebab, dalam kelas asyik dtg lambat. so, kna dok belakang.. mata pon, rabun.. nmpk ponggong lect je.. :P

Back to the topic *soory, mukadimah yang panjang sgt..*
Aku terpikir gk hukum memakai Kanta Lekap nih.. sebab dh nk puasa kn? nnti kang, sedap2 jek aku puasa dengan khusyuk dan warak * ada ke istilah tuh? =_=* tgk2 check balik buku amalan, markah untuk puasa is 0.. mesty kena hukum teruk punya dalam kubur.. dh la dosa skng bertimbun.. dengan dosa tinggal sembahyang, dosa tuttttt.. heee.. :P

So, meh baca nih.. --->

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata. 

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan. 
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.



sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/08/hukum-contact-lens.html


So, kesimpulan pendeknya, pakai contact lens yang berwarna normal that is yang neutral ( putih lutsinar ) adalah TIDAK HARAM.. kepada semua contact lens user semua, xyh la wisau k.... 


ok, bye!

3 comments:

Anonymous said...

Penggunaan Kanta Lekap Berwarna - Fatwa Mesir
Ahad, 27 Februari 2011 12:37 administrator Informasi - Fatwa Pilihan Luar Negara
E-mail Cetak PDF

Soalan.
Apa hukumnya menggunakan kanta lekap, baik laki-laki ataupun perempuan? Dengan mempertimbangkan bahawa kanta lekap tersebut boleh diwarnai, adakah dengan memakai kanta tersebut, mereka diibaratkan orang yang melihat dan terletak dibawah larangan mengubah ciptaan Allah atau memperlihatkan perhiasan kepada selain keluarga atau mahram?

Jawapan.
Adalah dibenarkan untuk memakai kanta lekap (berwarna) seperti yang diterangkan di atas kerana ia tidak dianggap menipu si pelihat kerana dianggap sama secara analogi, dengan memakai hiasan luaran yang dibenarkan. Memakai kanta lekap berwarna tidak bererti mengubah ciptaan Allah kerana ia mengikut analogi mewarna rambut,dimana satu-satunya perbezaan antara kedua0dua perkara adalah bahawa mata merupakan sebahagian daripada wajah yang dibenarkan untuk didedahkan manakala rambut tidak dibenarkan didedahkan kecuali di depan pada seseorang mahram dan suami. Kesamaan antara memakai kanta lekap berwarna dan mewarna rambut hanya merangkumi proses pewarnaan yang tidak dianggap mengubah apa yang Allah telah cipta meskipun merupakan adalah menyalahi hukum untuk mengungkap rambut didepan orang lain selain keluarga atau mahram seseorang. Berdasarkan ini, kanta lekap berwarna tidak berada dalam kategori hiasan haram. Dan Allah Maha Besar lebih mengetahui.

Anonymous said...

Sweet! <3

makantai said...

Kalau contact lens warna merah boleh pakai ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...